PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Doa Adalah Ibadah
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الدُّعَاءَ هُوَ الْعِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ
وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Daripada Nu'man bin Basyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya doa adalah ibadah." Kemudian baginda membaca firman Allah: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu." (Surah Al Ghafir; 60) (HR Ibnu Majah No: 3818) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berdoa adalah sebahagian dari ibadah
2. Muslim dituntut memperbanyakkan doa dalam setiap aktiviti, dari sekecil-kecil urusan seperti berdoa ketika masuk dan keluar rumah sehinggalah yang besar seperti mengurus negara.
3. Allah tetap akan memperkenankan setiap permohonan doa hamba sama ada:
a. Diperkenankan seperti mana yang dipohon semasa di dunia, atau
b. Diperkenankan dengan dihindarkan musibah, atau
c. Diperkenankan di akhirat dengan ganjaran pahala dan syurga
Ayuh perbanyakkan doa dan jangan berputus asa.
#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
15hb Jamadil Awal 1446H
17hb November 2024
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram