PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Doa Yang Mencukupi Untuk Urusan Agama dan Dunia
حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَنْبَأَنَا أَبُو مَالِكٍ سَعْدُ بْنُ طَارِقٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ أَقُولُ حِينَ أَسْأَلُ رَبِّي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي وَجَمَعَ أَصَابِعَهُ الْأَرْبَعَ إِلَّا الْإِبْهَامَ فَإِنَّ هَؤُلَاءِ يَجْمَعْنَ لَكَ دِينَكَ وَدُنْيَاكَ
Telah menceritakan kepada kami Yazid bin harun telah memberitakan kepada kami Abu Malik Sa'd bin Thariq dari ayahnya bahawa dia mendengar Nabi SAW telah di kunjungi oleh seseorang laki-laki sambil bertanya; "Wahai Rasulullah, apa yang harus diucapkan ketika aku memohon kepada Rabbku?" baginda menjawab: "Ucapkanlah; Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berikanlah aku keafiatan dan berilah aku rezeki." Kemudian baginda merapatkan keempat jari tangannya selain ibu jari: "Sesungguhnya kalimat-kalimat tersebut akan mencukup bagimu agamamu dan duniamu." (HR Ibnu Majah No: 3835) Status Hadis: Sahih
Pengajaran:
1. Berdoa adalah tuntutan seorang Muslim dan tanda kebergantungan kita kepada Allah.
2. Rasulullah SAW mengajar satu doa yang mencakupi keperluan hamba di dunia dan akhirat yang mengandungi empat permintaan utama iaitu Keampunan, Rahmat, Kesihatan dan Rezeki.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, berikanlah aku kesihatan dan kurniakanlah aku rezeki
3. Keutamaan meminta keampunan terlebih dahulu اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي” (Ya Allah, ampunilah aku) kerana dosa adalah penghalang kepada keberkatan hidup. Keampunan Allah adalah kunci kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
4. Memohon Rahmat Allah untuk kehidupan yang penuh berkat “وَارْحَمْنِي” (Rahmatilah aku) mengingatkan kita bahawa rahmat Allah adalah sebab utama untuk kejayaan dunia dan keselamatan di akhirat.
5. Memohon kesihatan dan keselamatan “وَعَافِنِي” (Sihatkanlah aku) menunjukkan pentingannya kesihatan fizikal, mental, dan emosi dalam menjalani kehidupan dengan sempurna.
6. Memohon rezeki yang mencukupi “وَارْزُقْنِي” (Kurniakanlah rezeki kepadaku) mengingatkan bahawa rezeki datang daripada Allah. Permohonan ini merangkumi rezeki material dan spiritual yang mencukupi untuk kehidupan yang baik.
JOM kita baca dan amalkan doa ini.
#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
09hb Jamadil Akhir 1446H
11hb Disember 2024
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram