اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Imam Maulana Syeikh Ali Jum'ah berkongsi pengalaman beliau ketika memasuki Masjidil Aqsa.
"Baitul Maqdis adalah CAHAYA, Apabila aku memasukinya, aku telah memasuki khemah cahaya. Apabila aku mula berjalan di dalamnya, cahaya itu segera memasuki mulutku, sehingga ia memenuhi ruang tubuhku, dan cahaya itu sentiasa melakukan ini. Setiap kali teringat cahaya itu, pasti aku rasa kagum, kerana ia adalah cahaya yang istimewa, ia tidak ada di Kaabah, ia tidak ada pada sidna Rasulullah ﷺ, cahaya itu unik, mungkin ia kesan daripada doa para anbiya'. Lebarnya adalah 144,000 meter, dan seorang manusia boleh mengambil 1 meter darinya, dan telah berdoa kepada Baginda ﷺ bersama 124,000 nabi, baki 20,000 malaikat, ini adalah tempat di puncak yang penuh dengan ketinggian. Dan solat yang dilakukan seolah-olah telah menerangi tempat ini dengan cahaya yang istimewa. Pada masa itu, akhirnya diriku dapat memahami apa yang diriku tidak faham sebelum ini, tentang Sayyidi al Bayyumi, yang sebelum ini digelar 'orang yang pengsan dalam cahaya'! Aku berasa sedikit terkejut dan menyangka ia mungkin 'majaz'. Bagaimana seseorang boleh tenggelam dalam cahaya?. Jadi apabila diriku memasuki Al Aqsa, aku akhirnya tenggelam dalam cahaya.."
Sumber: Pencinta Rasulullah