PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Zikir Penghapus Dosa Sebanyak Buih Dilaut
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Daripada Abu Hurairah dari Rasulullah SAW baginda bersabda: "Barangsiapa bertasbih kepada Allah selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertahmid kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, dan baginda menambah dan kesempurnaan seratus adalah membaca - Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul walahul hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadiir - (Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu), maka kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan." (HR Muslim No: 939) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah mengajar amalan zikir selepas solat fardhu ialah membaca Tasbih (Subhaanallah) sebanyak 33 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan Takbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali.
2. Bagi menjadikan zikir tersebut sempurna, zikir terakhir (ke 100) dibaca sekali:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu.”
3. Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa dengan mengamalkan zikir ini secara konsisten, dosa-dosa kecil akan diampunkan, walaupun sebanyak buih di lautan. Hal ini menunjukkan rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.
4. Amalan ini adalah contoh bahawa ibadah yang mudah dilakukan boleh mendatangkan ganjaran yang besar. Ia tidak memerlukan masa yang panjang, tetapi sangat bermakna dalam timbangan amal di akhirat.
JOM istiqamah dengan zikir selepas solat fardhu kita semoga ia menjadi penghapus dosa.
#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
16hb Jamadil Akhir 1446H
18hb Disember 2024
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram