Aman Palestin Berhad 🇵🇸


Гео и язык канала: Иран, Фарси
Категория: не указана


Telegram Rasmi Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, liputan setiap minit Palestin sehingga ia bebas!
Sebarkan: https://t.me/AMANPALESTINBERHAD
#SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Иран, Фарси
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


🇵🇸 JUALAN AKHIR MUSIM - KURMA MEDJOUL ASLI PALESTIN

🌴Musim berganti, stok perlu dikosongkan.

🔥 Dan kali ini, kami buka harga istimewa untuk anda nikmati Kurma Medjoul Palestin sebelum jualan musim ini berakhir.

🔥 BUY 1 GET 1 FREE
RM15
350G + FREE 350G
➡️ 700G Kurma Medjoul

ATAU

RM249
5KG + FREE 5KG
➡️ 10KG Kurma Medjoul

BELI 1 PERCUMA 1 DISINI👇
https://bit.ly/BUY1FREE1MEDJOUL
https://bit.ly/BUY1FREE1MEDJOUL
https://bit.ly/BUY1FREE1MEDJOUL

#jualanakhirmusim
#medjoulpalestin
#littlepalestinewithyou
#sokongprodukaslipalestin


Gaza semakin berdarah dan al-Aqsa setiap hari dijarah! Di manakah anda wahai umat?

Sumber gambar: Al-Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Meskipun dikelilingi runtuhan bangunan, anak-anak Gaza memilih untuk terus hidup dan terus kuat.

Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


26 TAHUN SELEPAS INTIFADA KEDUA

Pada 28 September 2000, Intifada kedua berlaku di Palestin berikutan pencerobohan Ariel Sharon ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa dan telah mencetuskan kemarahan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Meskipun 26 tahun berlalu, Israel laknatullah tetap berusaha untuk merampas semua hak rakyat Palestin dan tidak terkecuali Masjid Al-Aqsa.

🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


SALAM TAKZIAH

Telah kembali ke Rahmatullah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tokoh Kemanusiaan Malaysia untuk Palestin pada 28 September 2026 pada jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara.

Terima kasih atas jasa Allahyarhamah dalam segala usaha memperjuangkan hak kemanusiaan dan kedaulatan Palestin. Sesungguhnya setiap perjuangan Allahyarhamah merupakan manfaat besar dalam pembangunan semula Palestin.

Allahyarhamah turut menjadi inspirasi dalam pembinaan Pusat Fisioterapi Dr. Siti Hasmah dan Enaya di Khan Younis, Gaza.

🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Lebih 900 kerusi roda yang disumbangkan oleh badan kebajikan Australia untuk kanak-kanak yang kehilangan anggota badan akibat genosid Israel dilaporkan terkandas di sebuah gudang di Jordan sehingga 18 bulan.

Penghantaran kerusi roda itu disekat Israel, yang dilaporkan mengklasifikasikannya sebagai barangan ketenteraan “dwi kegunaan” (dual-use).

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Ada yang belajar di dalam khemah, bangunan rosak dan struktur sementara. Sebahagian kelas pula hanya mempunyai kemudahan asas ketika banyak keluarga masih bergelut mendapatkan keperluan persekolahan.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kira-kira 98 peratus sekolah di Gaza rosak atau musnah sepanjang perang.

Pegawai pendidikan Gaza pula menganggarkan sekitar 660,000 pelajar sebelum ini terputus daripada pembelajaran bersemuka secara tetap.

Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK AMAN PALESTIN

—————————————-

🏫 Malaysia Quran School - 🔴 MUSNAH KESELURUHAN 🔴

Malaysia Quran School menjadi sekolah untuk anak-anak Gaza mendapatkan pelajaran khususnya dalam mempelajari Al-Quran dan mendalami ilmu-ilmu arus perdana.

Sekolah ini sempat menjadi tempat perlindungan sementara semasa perang Taufan Al-Aqsa sebelum sekolah ini dimusnahkan sepenuhnya oleh Tentera Israel laknatullah.

Kos Pembinaan Sekolah: RM5 JUTA

🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Enam pertubuhan kebajikan berdaftar United Kingdom menyalurkan lebih 1.9 juta pound kepada penerima di penempatan haram Israel laknatullah di sekitar Tebing Barat lebih tiga tahun, menurut laporan siasatan sulit.

Pertubuhan kebajikan tersebut membuka dana sumbangan terbuka untuk aktiviti dan sumbangan infrastruktur termasuk penempatan di Modi’in Illit, Ariel dan Alon Shvut dengan sesetengahnya secara jelas menyatakan dalam dokumen dengan Suruhanjaya Kebajikan UK bahawa mereka menyokong penempatan haram tertentu.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Dana Joudeh, tahanan Palestin di penjara Israel laknatullah terpaksa melahirkan anaknya di dalam penjara Damon, menurut laporan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin.

Pesuruhjaya memaklumkan Joudeh sepatutnya dilepaskan ke hospital esok bersama anaknya yang baru lahir.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Ibrahim Abu Saraya, kini berusia 16 tahun tapi menghidap penyakit Cerebral Palsy dan berat badannya hanya 7.5kg. Ibrahim memerlukan makanan makanan organik dan itu mendorong ibunya berjalan jauh untuk mendapatkannya. Ibunya berusaha mendapatkan peluang untuk memastikan makanan cukup untuk Ibrahim dan mampu menjaganya.

Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Akhbar Haaretz mendedahkan kemunculan tikus secara “tidak pernah berlaku sebelum ini” di tapak ketenteraan dan penempatan haram Israel yang berdekatan dengan Semenanjung Gaza.

Menurut laporan itu, sekurang-kurangnya 10 orang telah digigit tikus, selain tanaman pertanian turut mengalami kerosakan.

Sumber: Al-Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


🚨 PROMOSI JUALAN 9.9 RAIHAN DILANJUTKAN LAGI ATAS PERMINTAAN RAMAI! 🇵🇸🔥

Ramai yang tanya kami, sehari jeke promo 9.9 Raihan? Sepatutnya sehari sahaja, tapi atas permintaan ramai dan menghargai semua pelanggan yang sentiasa beri sokongan pada kami, kami lanjutan dua (2) hari lagi tau! 😍

🔥PROMO 9.9 EXTENDED
12 & 13 SEPTEMBER 2026

🔥 HARGA BERMULA SERENDAH RM9.90!

🌴 Kurma Medjoul Asli Palestin
👕 Tshirt Palestin
✅ Kopiah Palestin

❌ 2 hari je tau, jangan terlepas lagi!🤭

👇 [KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN PANTAS]
https://bit.ly/PROMORAIHAN99EXTENDED
https://bit.ly/PROMORAIHAN99EXTENDED
https://bit.ly/PROMORAIHAN99EXTENDED

🇵🇸 ISTIMEWA 9.9 EXTENDED : PERCUMA BENDERA PALESTIN UNTUK SEMUA PEMBELIAN RM10 KEATAS🔥

#staytunepromoharimalaysia
#16september2026


Bantuan bukan sekadar sampai. Ia membawa harapan untuk mereka yang sedang membina semula kehidupan.

Ikuti perkongsian khas “Misi Hayat Syam & Tajaan Anak Yatim” bersama wakil Global Hayat yang akan berkongsi kisah, pengalaman dan amanah bantuan buat saudara kita di bumi Syam.

📅 14 September 2026 | Isnin
⏰ 6.15 petang
📻 Radio IKIM FM

🎙 Bersama Siti Fatimah Muhamad Tuah & Nur Sabihah Hafizah Mohd Shani, Pegawai Pemasaran Global Hayat.

🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad




Hampir 56,000 kanak-kanak di Gaza tidak pernah mendapat pengalaman belajar di bilik darjah yang selesa. Menurut UNICEF, jumlah itu menunjukkan angka kanak-kanak yang telah memasuki umur untuk bersekolah tidak berpeluang belajar mengikut rutin persekolahan dan bilik darjah yang biasa.

Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


PENGUTAMAAN KEMANUSIAAN DI GAZA

Pada permulaan September, jutaan penduduk di seluruh Gaza memberlukan bantuan segera dalam bentuk makanan, air bersih, kesihatan, pendidikan dan tempat berteduh yang selamat.

Ketika ini, bantuan segera dan berterusan adalah penyelamat bagi kehidupan masyarakat di Gaza.

Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Sebuah lagi kedai membaiki mesin milik rakyat Palestin diletupkan dan dimusnahkan oleh Tentera Israel laknatullah semasa serbuan di Nablus.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Показано 18 последних публикаций.