Фильтр публикаций


By default, doa kita mustajab. Allah kata, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Ghafir: 60)

Cuma terkadang, ia dijawab melalui bahasa yg tidak kita fahami. Iaitu terkadang ia ditukarkan dengan sesuatu yg lebih baik, terkadang ia ditangguhkan sehingga waktu yg sesuai, terkadang ia disimpan untuk kita tebus di akhirat nanti.


Tiga Jenis Musibah

1. Orang yang derhaka dan banyak dosa:

Orang ini ditegur oleh Allah dengan musibah bertubi-tubi, namun dia menyambut kedatangan musibah itu dengan keluh-kesah. Dia semakin tidak rela menerima takdir yang tertulis dalam hidupnya. Semakin hari, hidupnya semakin sukar dan semakin jauh daripada Allah. Inilah azab yang menimpanya.

2. Orang yang derhaka dan banyak dosa, tetapi menyedari musibah itu sebagai teguran:

Orang ini akhirnya menyedari bahawa musibah yang menimpanya adalah teguran daripada Allah. Dia mula memperbaiki kesalahannya dan bangkit daripada kelalaiannya. Inilah nikmat yang tersembunyi di sebalik ujian. Dia sedar bahawa kesalahan-kesalahan yang dilakukannya dibalas dengan kasih sayang Allah, seperti mana ibu bapa yang peduli terhadap anaknya akan mencubit telinga anak yang nakal, semata-mata kerana kasih sayang.

3. Orang yang bertaqwa:

Orang yang bertaqwa, bukan kerana dosa, tetapi selalu dengan musibah bertubi-tubi oleh Allah. Dia menyedari bahawa ini adalah khabar gembira daripada kasih sayang Allah. Dia tahu bahawa Allah hendak memperkenalkan diri-Nya dengan sifat-sifat qahriyah-Nya. Dia tahu musibah-musibah ini adalah hadiah daripada Allah untuk hamba-hamba terpilih yang memiliki keyakinan yang kuat. Semakin kuat jiwa seorang hamba, semakin besar pula perkenalan Allah kepadanya, lalu semakin tinggilah darjat hamba itu.

Dalam hadith:
اَشَدُّكُمْ بَلَاءً الأَنْبِيَاءُ فَالأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ (رواه الحاكم)
"Yang paling berat ujian hidupnya di antara kalian adalah para Nabi, kemudian yang paling mirip dengan mereka, kemudian yang paling mirip dengan mereka."

- tulisan ini dinukil dan diolah dari karya Ibn 'Ajibah dalam kitabnya Iqaz al-Himam fi syarh al-Hikam.


Seperti yang dijanjikan tempoh hari, sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas fardhu ‘Ain dan pengajian hadis 40 Wanita, boleh sertai group ini untuk mengikuti kelas, rakaman dan jadual kelas.

Saya harap semua sudi luangkan waktu satu jam sahaja pada hujung minggu untuk upgrade ilmu akhirat.


—-> https://t.me/taklimbaytmuslimaa

Dapatkan buku di sini:
—-> https://vt.tiktok.com/ZSYDAmc3n/


Persiapkan doa-doa terbaikmu untuk hari Arafah esok,

Nabi bersabda :
خير الدعاء دعاء يوم عرفة،
"Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah.”

Pada hari Arafah, langit dan bumi bersatu dalam doa, Dosa-dosa terhapus, hati menjadi suci. Di puncak doa, kita memohon rahmat dan ampunan, Semoga Allah mendengar dan mengabulkan segala harapan.

*bantu sebaran agar ramai dapat kebaikan dan manfaat.


Sebelum balik kampung pagi ni, sempat saya tulis satu newsletter kepada pembaca newsletter dan telah saya blast di email tadi.

Harap sangat ia dibaca, bekal untuk esok hari, Hari Arafah.

Siapa yang dah baca, reply done.

Yang punya banyak harapan tapi dia berdoa hari Arafah dan tidak bertahajud, maka dia tidak serius dengan doa dan harapannya, dan dia sedang membohongi dirinya sendiri.”


Jangan lupa perbanyakkan takbir, tasbih dan tahmid di hari-hari ini (10 hari pertama bulan Zulhijjah). Di jalanan. Berangkat kerja, pulang kerja, ketika rehat, ketika masak, dalam kereta.

Sesungguhnya pun termasuk amal soleh yang pahalanya lebih besar dibanding jihad fii sabilillah.


Sudah lama rasanya saya tak berkongsi tentang buku saya yang satu ini.

Baru-baru ini saya dijemput untuk mengendalikan sebuah kelas Fardhu 'Ain dan pengajian kitab hadith wanita ini di Majlis Ta'lim Bayt Muslimaa.

Ada ke dekat sini ingin mengikuti kelas ini juga? ya secara online.
siapa nak, reply nak.

saya pun baru masukkan buku ini di TT shop, boleh dapatkan disini:

---> https://vt.tiktok.com/ZSYDAmc3n/

609 0 1 12 13

saya kongsikan satu hadith daripada buku saya yang satu ni.

Dalam kehidupan ini, sentiasalah jasa dan kebaikan itu yang menjadi sebutan dan kenangan meskipun sesudah kematian.

Rasulullah SAW saat menceritakan tentang isteri pertamanya Khadijah binti Khuwailid R.Anha, Baginda berkata :

قد آمَنَتْ بي إذ كفَرَ بي الناسُ، وصدَّقَتْني إذ كذَّبَني الناسُ، وواسَتْني بمالِها إذ حرَمَني الناسُ، ورزَقَني اللهُ عزَّ وجلَّ ولَدَها إذ حرَمَني أولادَ النِّساءِ

Maksudnya : Dialah dahulunya yang beriman kepadaku saat orang ramai menolakku. Dialah yang mempercayaiku saat orang ramai mendustakanku. Dialah yang telah membantu aku dengan hartanya ketika orang ramai enggan membantuku. Dan Allah telah merezekikan aku anak bersamanya sedang Dia tidak mengurniakan aku anak bersama isteri-isteriku yang lain.

Riwayat Ahmad dalam Al-Musnad (24864).


Saya nak kongsikan satu kalam yang memberi kesan kepada saya dari pembacaan saya semalam ketika membelek tafsir al-Qurtubi dan al-Mawardi, Izzuddin bin Abdissalam pun ada menukilkan kalam yang sama tetapi sedikit berbeza pada lafaznya.


وجل العارف من طاعته أكثر من وجِلِه من مخالفته لأن المخالفة تمحوها التوبة، والطاعة تطلب لتصحيح الغرض

"Ketakutan seorang Arif Billah dari ketaatan yang ia lakukan lebih besar dari ketakutannya dari kemaksiatan, sebab kemaksiatan itu dapat diatasi dengan taubat sedangkan ketaatan dituntut untuk memperbaiki niat"

Maknanya, seseorang yang mengenal Allah dengan baik sehingga selalu mengerjakan perintah dan menjauhi larangannya serta menyibukkan diri dengan kebaikan yang banyak, maka dia akan lebih bimbang pda dirinya tidak ikhlas dalam melakukan ketaatan daripada kebimbangannya dalam bermaksiat sebab mentuluskan niat kerana Allah sangatlah sukar, jauh lebih sukar daripada bertaubat.


Baca lagi sekali sampai hadam dan reply faham jika faham.

907 0 3 10 29

Kita berbaki 3 hari sebelum menjelang bulan Dzulhijjah.

Mulai sekarang, dengan apapun keadaan iman dan hati kita, persiapkanlah ia untuk sepuluh hari Dzulhijjah nanti dan berdoalah semoga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang peka dan sedar tentang hakikat kehidupan ini.

Demi Allaah bakal tiba hari-hari terbaik yang ada dan amalan di hari-hari itu lebih dicintai oleh Allaah daripada yang lain. Penuhi hatimu dengan rasa takut dan keinginan untuk bersegera melakukan kebaikan dan ketahuilah tanpa meminta pertolongan kepada Allaah, kamu tidak akan mampu berbuat apa-apa.

"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu 10 hari terawal Zulhijjah-.
- Riwayat al-Bukhari (969)


Jadual kuliah untuk minggu pertama bulan Jun. Alhamdulillah atas kesibukan ini. Moga Allah selalu pilih dan gunakan khidmat kecil ini untuk agama.

Doakan saya ya agar menjadi orang yang suka menyampaikan ilmu, semangat selalu, kesihatan yang mendukung dan paling penting adalah ketulusan hati dan keikhlasan.


Untuk yang tertanya-tenya tentang buku di atas, saya pernah syarahkan buku Mahiyyah Tasawwuf ini pada tahun lepas.

Tuan-puan yang berminat untuk mengikuti rakamannya boleh dapatkan dengan membeli buku di link tertera ya:

Link pembelian buku Mahiyyah Tasawwuf:

https://vt.tiktok.com/ZSY2tDVEq/


Ada yang bertanya kepada saya tentang buku yang saya review sebelum ini karya al-Habib Umar di atas, sayangnya ia belum diterjemah dan belum dijual di Malaysia. Sayapun dikirim sahabat dari sana.

Ada satu lagi buku al-Habib Umar, siapa ingat?

Habib Umar pernah syarahkan tahun lepas ketika rehlah dakwahnya di Malaysia. Mahiyyah Tasawwuf wa Simat Ahlihi.

- Buku tentang hati dan perasaan-perasaan di dalamnya.
- Buku tentang pengurusan hati dan bolak-balik di dalamnya.
- Buku tentang bagaimana membersihkan hati dari sangkaan dan kotoran di dalamnya.
- Buku yang menjadikan kita tenang atas kekejaman manusia terhadap kita.
- Buku yang mendidik kita makna redha atas takdir-takdir yang selalu tidak memihak kepada kita.

al-Habib Umar memuatkan 10 ciri-ciri ahli sufi di dalam buku ini. Sufi adalah satu martabat apabila seseorang telah suci hatinya dari segala mazmumah. Mereka adalah golongan yang telah sampai kepada Allah dalam perjalanan hatinya.

Cover dia cantikkan?


Buku ini namanya La Yaksur Hammuk Ma Quddir Yaqun. Buku ni baru baru sampai kelmarin dari bumi Tarim. Buku Syair Imam Haddad yang dihuraikan oleh Al-Habib Umar tak silap tahun 2019 ketika Dawrah as-Saifiyyah.

Buku tentang takdir Allah yang disusun-Nya di luar pengetahuan manusia. Bahawa kita hanya salah satu dari jutaan makhluk yang lain yang sedang dijalankan dan disusun oleh Allah pada jalan kehidupannya.

Kadang bahagia kadang kecewa. Sesekali di atas sesekali di bawah. Ada yang datang dan ada yang pergi. Jalan hidup yang sentiasa berubah.

Di atas takdir-Nya, kita serahkan, redha dan pasrah.

Musibah dunia itu hanya besar di awal. Bersama waktu dia akan mengecil. Maka bersabarlah :)

Baca lagi sekali dan reply faham jika ia faham.


Assalamualaykum, sesiapa sudi meluangkan masa malam ini untuk belajar memaknai surah al-Fatihah.

Saya nak kongsi tentang satu surah yang telah kita baca berulang kali pada setiap hari minimum 17 kali di dalam solat.

Tentu ada sebab kenapa surah ini dipilih.

Sebab itu para ulama menganjurkan sekurang-kurangnya kalau kita tidak mampu memahami seluruh surah di dalam al-Quran, paling kurang surah al-Fatihah ini mesti faham dan dihayati.

Jemput sertai live di TT, saya akan kongsikan jam 9 malam ini.

—-> @aliimranaz?_t=8mLJpvmqEkq&_r=1' rel='nofollow'>https://www.tiktok.com/@aliimranaz?_t=8mLJpvmqEkq&_r=1


Abdullaah bin Mas’ud radhiyallaahu‘anhu berkata,

‎لَا تَنْثُرُوهُ نَثْرَ الرَّمْلِ وَلَا تَهْذُّوهُ هَذَّ الشِّعْرِ, قِفُوا عِنْدَ عَجَائِبِهِ وَحَرِّكُوا بِهِ الْقُلُوبَ, وَلَا يَكُنْ هَمُّ أَحَدِكُمْ آخِرَ السُّورَةِ

“Janganlah kalian membaca Al-Qur’an seperti menabur pasir, dan janganlah membacanya dengan cepat seperti membaca syair. Berhentilah pada keajaiban-keajaibannya, gerakanlah hati-hati kalian! Janganlah fokus pada akhir surah (agar cepat selesai).”

(Diriwayatkan oleh Al-Baghowi dalam tafsirnya 8/251)

Mengajar al-Quran dan ilmu-ilmunya adalah amanah. Sepanjang 13 tahun bergelumbang dengan al-Quran bermula dengan menghafalnya lalu bertalaqqi tafsir al-Jalalayn dan al-Baghawi begitu juga mengikuti pengajian tafsir Jalsah Isnain bersama al-Habib Umar di Tarim . Kemudiannya menyelak dan mengkaji tafaaser para ulama semisal Ibn Katsir, al-Qurtubi, al-Sya'rawi, al-Sabuni dan lain-lainnya.

Semuanya kembali kepada memaknai kehambaan, proses mengenal diri dan seni mengetuk hati.

ربنا اكرمنا على ذلك


Assalamualaykum, selamat berhujung minggu semoga kita memaknai syawal dengan kunjung mengunjung mengeratkan kembali tautan hati.

Hasrat saya ingin menjemput tuan-puan sertai ruang baca saya melalui newletter yang akan saya hantar melalui e-mail kepada setiap yang menyertai.

ada pesan-pesan kebaikan dan refleksi kehidupan yang akan saya tuliskan.

Saya telah bermula menulis sejak ramadan lalu, dan berazam untuk semakin serius menyerbarkannya setelah ini.

terima kasih 1700 orang pernah sertaidan membaca warkah yang pernah saya kirimkan.

Walaupun mungkin tak ramai yang baca.

Tapi kita rasa puas.

Sebab rasa ada personal connection yang lebih kuat.

Sama macam tulis buku juga. Ada pembaca khusus yang setia dan rupanya seronok tulis newsletter ni rasa seperti tulis warkah untuk seorang sahabat.

Semoga apa yang saya kongsikan bermanfaat buat semua.

Jemput sertai guys:
—-> https://ezy.la/dh9


Sesiapa ada kelapangan malam ni, boleh sertai malam ni. Saya nak live sambil membaca kitab ni secara santai, tenang - tenang dan meraikan soalan-soalan kalau ada.

Sesiapa ada buku ini, boleh rujuk juga sama-sama.


Menulis buku adalah ikhtiar menunjukkan jalan.

Membaca buku pula ikhtiar menggali makna kehidupan.

Menyusun buku adalah seni penghormatan.

Melihat buku di rak adalah pandangan yang memberi semangat ilmu dan pengetahuan.

membaca buku dan menambah pengetahuan sebenarnya adalah kerja harian.

- Selamat hari buku sedunia.


Masih berbaki beberapa naskhah sahaja lagi untuk promo Syawal.

pm admin segera
—-> wasap.my/601172494698

Показано 20 последних публикаций.