BACA SURAH FATIHAH LEPAS SOLAT FARDU
SOALAN :
Kebiasaannya selepas dari selesai solat fardu para imam dan jemaah akan berzikir.
Setengah dari mereka membaca surah Al-Fatihah bersama zikir-zikir yang dibaca itu dan saya ada terbaca perkataan menyebut bahawa hadith baca fatihah selepas solat fardu itu ialah hadith palsu.
Minta penjelasan
JAWAPAN :
Hadith yang dimaksudkan ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda Allah Taala berfirman dalam hadith Qudsi :
بي حلفتُ لا يَقْرَؤُهُنَّ أَحَدٌ مِنْ عبادي دُبُرَ كُلِّ صلاةٍ إلا جَعَلْتُ الجنةَ مأواه على ما كان فيه ، وإلا أَسْكَنْتُه حظيرةَ الفِردَوْسْ ، وإلا قضيتُ له كُلَّ يومٍ سبعينَ حاجةً أدناها المغفرةُ
Artinya : “Demi diri-Ku Aku bersumpah tiada membaca akan surah ini (Al-Fatihah) olih seorang pun dari hamba-Ku selepas selesai solat melainkan Aku akan jadikan syurga sebagai tempat tinggal atas barang yang ada ia atau Aku dudukkan dia pada syurga Firdaus atau Aku akan tunaikan baginya setiap hari tujuh puluh hajatnya yang sekurang-kurangnya ialah keampunan.”
Hadith ini diriwayatkan olih Ibnu Hibban dan Ibnu Sunni dan lainnya.
Sanadnya ialah daripada Muhammad bin Zanbur dari Al-Harith bin Umair dari Ja’far bin Muhammad dari bapanya dari datuknya dari Ali bin Abi Talib.
Setengah orang seperti Albani telah menghukumkan Al-Harith sebagai pemalsu hadith tetapi Imam-Imam hadith yang muktabar hanya berkhilaf antara mendhaifkannya dan menguatkannya.
Sebahagian imam hadith seperti Ibnu Hibban dan Al-Hakim mendhaifkannya manakala kebanyakkan imam-imam hadith yang lain seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar dan Ibnu Ma’in dan Ar-Raazi dan An-Nasaie mengatakan Al-Harith ini sebagai tsiqah dan Imam Bukhari pernah mengeluarkan hadith daripadanya dengan jalan ta’liq.
Olih kerana itu adalah dibolihkan beramal dengan hadith ini yaitu membaca fatihah selepas dari solat dan diharapkan mencapai akan fadhilat yang disebut di dalam hadith tersebut.
Telah berkata Syeikh Ramli :
قراءة الفاتحة عقب الصلوات لها أصل في السنة، والمعنى فيه ظاهر لكثرة فضائلها، وقراءتها في الأحوال المذكورة لا بأس بها، بل يستحب
Artinya : “Membaca surah Al-Fatihah selesai dari sekelian solat itu ada baginya asal pada Sunnah dan makna padanya itu jelas kerana banyak sangat kelebihannya dan membacanya pada keadaan-keadaan yang tersbut tidak salah bahkan disunatkan.” (Kitab Fatawa Ar-Ramli)
KESIMPULAN
Hadith yang menyebut kelebihan baca fatihah selepas selesai solat ini bukan hadith palsu kerana imam-imam hadith menghukumnya sebagai dhaif sahaja.
Hadith dhaif bolih diamalkan disisi jumhur ulamak fiqah dan ulamak hadith.
Apabila ada pandangan orang-orang yang bukan imam dalam ilmu hadith bersalahan dengan imam-imam hadith pada memperkatakan sesebuah hadith maka hendaklah didahulukan pandangan imam-imam hadith.
Wajib berwaspada dari golongan yang suka menghukumkan hadith sebagai palsu kerana biasanya hukum yang dikeluarkan olih orang yang bukan bertaraf imam hadith ini biasanya adalah palsu.
wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus