Bagi mereka yang di bawah tanggungan seperti isteri, hamba, ibubapa dan anak-anak pula, zakat fitrah bagi pihak mereka mestilah dikeluarkan di tempat mereka berada ketika matahari tenggelam akhir Ramadhan (malam 1 Syawal) mengikut makanan asasi tempat berkenaan berdasarkan pendapat yang muktamad. Misalnya seorang isteri atau hamba yang berada di sebuah negeri, walhal suami atau tuannya berada di sebuah negeri yang lain. Maka zakat fitrah bagi pihak mereka mestilah dikeluarkan di negeri tempat mereka berada mengikut makanan asasi tempat berkenaan. Salah satu caranya adalah dengan suami atau tuannya itu mewakilkan kepada seseorang untuk mengeluarkan zakat bagi pihak mereka yang di bawah tanggungannya di tempat mereka berada. Hal ini berdasarkan kepada pendapat yang mengatakan bahawa kewajipan tersebut adalah ke atas orang yang dibayarkan zakat untuknya sejak awal lagi.
Adapun menurut pendapat kedua dalam mazhab kita, zakat fitrah mereka memadai dan sah dikeluarkan kepada penerima zakat yang ada di tempat pembayar zakat mengikut makanan asasi di tempat pembayar zakat itu. Di sisi pendapat ini, yang diambil kira adalah tempat pembayar zakat kerana ia berdasarkan kepada pendapat yang mengatakan bahawa kewajipan tersebut adalah ke atas pembayar zakat sejak awal lagi. Namun, pendapat ini adalah merupakan pendapat yang marjuh (lemah).
Disebutkan oleh Tuan Guru Haji Chik al-Qadahi;
"Orang yang memberi fitrahnya (pembayar zakat fitrah) berada pada suatu negeri dan orang yang diberi fitrahnya (orang yang dibayarkan zakat untuknya) berada pada negeri yang lain seperti anak isterinya berada di Mekah dan suaminya berada di Malaysia, dan orang Mekah makan gandum dan orang Malaysia makan beras. Maka wajib atas suaminya beri fitrah anak isterinya yang berada di Mekah itu dengan gandum dan diberi kepada mustahiq (penerima zakat) yang ada di Mekah seperti dikirim surat ke Mekah kata kepada isterinya "aku izin akan dikau beri fitrah engkau dan fitrah anak-anak aku dengan gandum". Maka tiada memada (memadai) dan tiada sah diberi fitrah anaknya dan isterinya yang berada di Mekah itu dengan beras dan tiada memada (memadai) lagi tiada sah diberi fitrah anaknya dan isterinya yang berada di Mekah itu kepada mustahiq (penerima zakat) di tempat suaminya walaupun dengan gandum. Dan kata setengah ulama, memada (memadai) dan sah diberi fitrah anak isterinya yang berada di Mekah itu diberi dengan beras kepada mustahiq (penerima zakat) yang ada di tempat suaminya."
اليسع
Wallahu a‘lam.
Dari Ustaz Alyasak bin Berhan
Rujukan:
- Nihayah al-Muhtaj
- Mughni al-Muhtaj
- Fath al-Muin
- Hasyiah al-Shabramallisi
- Hasyiah Ibn Qasim al-‘Abbadi
- Hasyiah al-Jamal
- Hasyiah al-Syarqawi
- Fath al-‘Allam
- Hasyiah al-Syarwani
- Sullam al-Sibyan
http://tolibilmi.blogspot.my/2017/06/panduan-hukum-tempat-mengeluarkan-zakat.html