PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Jadilah Pengasih Untuk Dirahmati Allah
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang penuh kasih sayang" (Sahih Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim. Kasih sayang sesama manusia adalah asas kepada meraih rahmat Allah.
2. Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain. Jika kita ingin mendapat rahmat-Nya, kita perlu menjadi orang yang penyayang dan penuh empati terhadap orang lain.
3. Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya ialah sifat saling hormat menghormati, saling bermaafan serta sifat membantu mereka yang sedang menghadapi musibah, sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.
4. Dengan mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan seharian, ia bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah tetapi juga dapat memperbaiki hubungan sosial kita dengan orang lain. Sikap kasih sayang dapat membina masyarakat yang harmoni dan penuh dengan bantuan serta sokongan sesama ahli.
5. Di musim lebaran ini, suburkanlah sifat mengasihi orang lain dengan mendoakan kebaikan, membantu mereka yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.
6. Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial.
Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih dan penyayang terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak.
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
08hb Syawal 1446H
07hb April 2025
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram