Aman Palestin Berhad 🇵🇸


Гео и язык канала: Иран, Фарси
Категория: не указана


Telegram Rasmi Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, liputan setiap minit Palestin sehingga ia bebas!
Sebarkan: https://t.me/AMANPALESTINBERHAD
#SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Иран, Фарси
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Sebuah rakaman memaparkan kekejaman Tentera Rejim Isr4el meletupkan kompleks residensi rakyat Palestin di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Tentera Rejim Isr4el terus menyambung kerja haram mereka meletupkan rumah penduduk di selatan Lubnan meskipun gencatan senjata di antara Isr4el dengan Lubnan telah dipersetujui.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Katz memberi amaran kepada Houthi, dengan berkata: "Kami akan memusnahkan infrastruktur strategik mereka dan menghapuskan pemimpin mereka, sama seperti yang kami lakukan terhadap Ismail Haniyeh, (pemimpin Hamas) Yahya Sinwar dan (Setiausaha Agung Hizbullah) Hassan Nasrallah. Kami akan bertindak di Al Hudaydah dan Sana'a seperti yang kami lakukan di Tehran, Gaza dan Lubnan."

Berita penuh:
amanpalestin.net/papar.dll?kategori=berita&segmen=palestin&id=1256

Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Menteri Pertahanan Isr4el, Israel Katz mengakui isr4el yang melakukan pembunuhan Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan memberi amaran kepada barisan kepimpinan Houthi Yaman yang mereka akan menghadapi keadaan yang sama selepas pihak Houthi melancarkan peluru berpandu dan menyasarkan Tel Aviv.

Sumber: Anadolu Agency
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Suasana mengejutkan melihat kucing jalanan memakan daging daripada mayat warga Palestin yang syahid akibat serangan Tentera Rejim Isr4el di Beit Lahia, utara Gaza.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Yair Lapid, ketua Pembangkang kerajaan Haram Isr4el menyatakan kepada Radio Tentera Isr4el bahawa Netanyahu tidak mahu berbincang dengan Hamas.

"Dia melakukan helah yang sama dia pernah buat sebelum ini," menurut Lair Yapid. Tambah Lapid, "Negosiasi menunjukkan kemajuan dan akan berhasil, dan dia akan pergi ke media luar, menyatakan bahawa dia tidak akan menghentikan peperangan dan memberi tanda kepada Hamas bahawa tiada sebab dia perlu membuat perjanjian dengan Hamas".

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Pemilik akhbar harian Haaretz, Amos Schocken menyerang Perdana Menteri Isr4el, Benjamin Netanyahu: "Bagaimana boleh orang ini yang tidak peduli dengan tebusan, tak tahu malu dan menipu dengan memakai lencana menyokong pembebasan tebusan?"

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Antara kanak-kanak Palestin yang syahid dalam serangan udara Tentera Rejim Isr4el di kem pelarian Palestin di Nuseirat, Gaza.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dapat bertemu dengan pemimpin pentadbiran baru Syria, Ahmed Al-Sharaa semalam semasa lawatannya di Damsyik dan berbincang mengenai politik serta pentadbiran di Syria.

Sumber: Anadolu Agency
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Tentera Rejim Isr4el merakam kekejaman mereka sendiri dengan menembak tanpa belas kasihan rumah kediaman warga Palestin di utara Gaza hanya untuk suka-suka.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Amnesty International pernah mengeluarkan laporan pada tahun 2017 mengenai Penjara Sednaya dan telah menghuraikan beberapa penderaan yang dilakukan di dalam penjara tersebut.
https://www.amnesty.org/en/documents/mde24/5415/2017/en/

"Anda dilempar ke tanah dan mereka menggunakan alat berlainan untuk memukul".

"Mereka membuat satu alat dipanggil 'tank belt' yang diperbuat daripada getah tayar dan dipotong".

Anadolu Agency juga sempat mengambil gambar dan rakaman alat-alat yang digunakan oleh petugas penjara di cawangan Aleppo yang sebelum ini dioperasikan oleh Rejim Ba'ath (Assad).

Sumber: Anadolu Agency
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Malang menimpa seorang bayi di Gaza, Zeina Khaled Ashour apabila Zeina kehilangan kakinya akibat peluru berpandu Tentera Rejim Isr4el yang meletupkan tempat dia dan keluarganya berteduh.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Perkuburan rahsia yang menempatkan mayat tahanan yang meninggal dunia di penjara didedahkan selepas kejatuhan Rejim Assad di Syria. Tanah perkuburan tersebut terletak di Jambatan Baghdad dan Husseiniya, Damsyik. Lebih 12 tapak perkuburan turut dijumpai di Izraa, Daraa, Selatan Syria.

Sumber: Anadolu Agency
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Situasi yang dihadapi oleh rakyat Gaza ketika ini adalah pada musim sejuk, bukan sekadar suhu yang rendah, tetapi cuaca sejuk melanda beserta hujan lebat yang membanjiri tapak perkhemahan. Keadaan ini menjadikan khemah mereka tenggelam dinaiki air dan terdedah dengan angin sejuk terutamanya waktu malam.

Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Media Ibrani: Tentera Israel mengalami kekurangan teruk kira-kira 7,000 tentera dalam barisannya kerana perang yang berterusan.

Menteri Isr4el meminta untuk meneliti rancangan tentera untuk merekrut Yahudi ultra-Ortodoks dan melihat sama ada matlamat itu boleh dicapai.

Sumber: Wakalah Shehab
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Ghazi Mohammed al-Mohammed berkata penyeksaan demi penyeksaan dilalui walau dia tidak terlibat dalam arena politik negara itu, lapor AFP.

“Saya dan rakan serta seorang doktor ditangkap semasa dalam perjalanan perniagaan singkat ke Damsyik sebelum dihumban dalam neraka penjara di daerah Mazzeh.

“Hari pertama, pergelangan tangan saya digantung di tempat tinggi dalam sel dengan kaki saya tidak dapat menyentuh lantai sebelum diturunkan.

“Saya dipukul dan hampir tidak diberi makan dan mereka meminta saya mengaku abang saya menyertai pemberontak,” katanya.

Sumber: TV Pertiwi
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


172 buah negara bersetuju atas Resolusi mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan keadaan ini merupakan satu lagi kemenangan Palestin di mata dunia serta kegagalan Isr4el dalam menjaga negara haramnya sendiri.

Sumber: BERNAMA / WAFA
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Resolusi mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri diluluskan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kelmarin dengan 172 undian sokongan daripada ahli PBB, lapor WAFA.

7 negara yang tidak menyokong resolusi tersebut termasuk Argentina, negara haram Isr4el, Micronesia, Nauru, Papua New Guinea, Paraguay dan Amerika Syarikat. Manakala 8 buah negara memilih untuk tidak mengundi iaitu Ecuador, Kiribati, Liberia, Palau, Panama, Togo, Tonga dan Tuvalu.

Kelulusan resolusi ini mencerminkan bahawa majoriti negara seluruh dunia menolak usaha jahat Isr4el dalam menceroboh tanah dan hak rakyat Palestin serta ia merupakan satu seruan keras bahawa pendudukan Isr4el ke atas wilayah Palestin harus dihentikan segera.

Sumber: BERNAMA TV
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Gaza kini berhadapan dengan hujan lebat semakin kerap. Setiap kali hujan, khemah-khemah pelarian Palestin akan dinaiki air, rosak dan musnah. Ada juga di antara khemah mereka hanyut dibawa air banjir.

Keadaan itu telah menyebabkan banyak keluarga miskin semakin miskin. Sebuah khemah baharu di Gaza sekarang boleh mencecah USD 1,000. Tempat perlindungan sementara - dengan kayu dan plastik yang diperlukan untuk perlindungan - berharga ratusan dolar.

Sumber: Al Jazeera
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Rangkaian Media Al Jazeera mengutuk pembunuhan Israel terhadap jurukamera Ahmed Al-Louh di Gaza sebagai "jenayah keji". Al-Louh terbunuh bersama lima responden Pertahanan Awam di kem Nuseirat, Gaza.

Sumber: Al Jazeera
Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Показано 20 последних публикаций.