PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Anggota Wuduk Bercahaya Di Hari Kiamat
عَنْ نُعَيْمٍ الْمُجْمِرِ قَالَ رَقِيتُ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ عَلَى ظَهْرِ الْمَسْجِدِ فَتَوَضَّأَ فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوءِ فَمَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
Daripada Nu'aim bin Al Mujmir berkata, "Aku ke masjid bersama Abu Hurairah, lalu dia berwuduk dan berkata, "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kiamat dengan wajah berseri-seri kerana sisa air wuduk, barangsiapa di antara kalian mampu memperpanjang cahayanya hendaklah ia lakukan (lebihkan kawasan basuhan anggota wuduk)." (HR Bukhari No: 133) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara amalan yang digalakkan kepada setiap Muslim ialah sentiasa berwuduk.
2. Mereka yang berwuduk, di hari kiamat akan dibangkitkan dengan wajah yang berseri-seri kesan daripada air wuduk semasa di dunia dahulu.
3. Sunat melebihkan tempat basuhan anggota wuduk kerana di akhirat nanti kita akan dibangkitkan dengan anggota wuduk yang bercahaya. Lagi luas kawasan yang terkena air wuduk, lagi banyak kawasan yang bercahaya.
Marilah kita memperelokkan wuduk, menyempurnakannya serta menjaga wuduk.
#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
26hb Jamadil Awal 1446H
28hb November 2024
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram