1 Hari 1 Hadis


Channel's geo and language: Iran, Persian
Category: not specified


Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Iran, Persian
Category
not specified
Statistics
Posts filter


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Masjid Sebagai Rumah Orang Bertaqwa

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ اَلْمَسْجِدُ بَيتُ كُلِّ تَقِيٍّ وَتَكَفَّلَ اللهُ لِمَن كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى  صِرَاطٍ إِلَى رِضْوَانِ اللهِ إِلَى الْجَنَّةِ

Daripada Abi Darda, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Masjid itu rumah bagi orang-orang yang bertaqwa. Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan ketenangan jiwa, rahmat dari Allah yang melimpah dan kemudahan melintasi titian sirat menuju reda Allah di dalam syurga-Nya” (HR Tabrani No 6020) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Masjid adalah pusat ibadah dan tempat berkumpulnya orang-orang yang bertakwa. Mereka yang sering memakmurkan masjid menunjukkan keimanan yang kukuh kepada Allah SWT.

2.  Usahakanlah Masjid sebagai rumah ke dua kita yang tetap kita "pulang" ketika masuk waktu solat fardhu.

3.  Allah SWT menjanjikan ganjaran istimewa bagi mereka yang menjadikan masjid sebagai rumah mereka:
•  Ketenangan Jiwa: Kehadiran di masjid memberikan rasa damai dan kekhusyukan yang mendekatkan diri kepada Allah.
•  Rahmat Allah: Orang yang sering ke masjid akan sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.
•  Kemudahan Melintasi Sirat: Allah akan memudahkan mereka melintasi titian sirat yang menjadi ujian akhir bagi umat manusia sebelum ke syurga.

4.  Masjid adalah tempat yang mendidik jiwa, menenangkan hati, dan memperkuat iman. Ia melindungi seseorang daripada kesibukan duniawi dan membawa kepada ketakwaan.

5.  Jadikanlah kunjungan ke masjid sebagai bukti keimanan kita. Sabda Nabi SAW:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسَاجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ

Daripada Abi Said al-Khudri daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Apabila kamu melihat seseorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid, maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman” (HR Ibn Majah No : 794)

Hadis ini menekankan kepentingan masjid dalam kehidupan seorang Muslim. Masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah tetapi juga simbol ketakwaan dan jalan menuju keredhaan Allah. Mereka yang memakmurkan masjid akan dijamin oleh Allah dengan rahmat-Nya, ketenangan jiwa, dan kemudahan melintasi sirat ke syurga. Oleh itu, umat Islam perlu sentiasa menjaga hubungan mereka dengan masjid dan menjadikannya sebagai pusat kehidupan rohani.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

28hb Rejab 1446H
28hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Antara Gambaran Peristiwa Isra Mikraj

عن أنس بن مالك، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لَمَّا عُرِجَ بِيْ مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمِشُون بها وُجُوْهَهُمْ وصُدورَهم فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلاَءِ يَا جِبْرِيْلُ؟ قَالَ : هَؤُلاَءِ الَّذِيْنَ يَأْكُلُوْنَ لُـحُوْمَ النَّاسِ وَيَقَعُوْنَ فِي أَعْرَاضِهِم

Daripada Anas bin Malik R.A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ketika aku dinaikkan ke langit (dalam peristiwa isra’ dan Mi’raj), aku melalui satu kaum yang memiliki kuku panjang dibuat daripada tembaga, mereka mencakar muka dan dada mereka sendiri. Lalu aku bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Jibril?” Jibril AS menjawab: “Mereka adalah orang yang memakan daging manusia (ghibah) dan mencela kehormatan mereka.” (HR Abu Daud  No: 4878) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1. Islam melarang umatnya berakhlak buruk seperti mengumpat serta mengaibkan orang lain.
Rasulullah SAW ketika peristiwa Isra Mikraj telah diperlihatkan azab kepada pengumpat atau ghibah.

2.  Rasulullah SAW menggambarkan azab yang pedih bagi mereka yang terlibat dalam ghibah (mengumpat) dan mencemarkan kehormatan orang lain dimana  mereka mencakar wajah dan dada mereka sendiri dengan kuku tembaga, sebagai balasan atas perbuatan mereka di dunia.

3. Al-Quran melarang kita melakukan ghibah atau mengumpat. Ghibah disamakan dengan memakan daging saudara sendiri, sebagai simbolik kekejaman dan keburukan perbuatan tersebut. Firman Allah:
وَلا يَغتَب بَّعضُكُم بَعضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُم أَن يَأكُلَ لَحمَ أَخيهِ مَيتًا فَكَرِهتُموهُ ۚ
Maksudnya: "Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu merasa jijik kepadanya." (Surah Al-Hujurat: 12)

4. Perbuatan mencemarkan kehormatan seseorang termasuklah memfitnah, menyebarkan aib, atau menyakiti maruah seseorang. Hal ini bukan sahaja dilarang oleh Islam, tetapi juga merosakkan hubungan sosial dan keharmonian masyarakat.

5. Perbuatan mengumpat dan mencemarkan kehormatan orang lain adalah dosa besar yang harus dielakkan. Umat Islam dituntut untuk menjaga lidah dan akhlak, memelihara kehormatan sesama Muslim, serta memperbaiki hubungan melalui sikap saling hormat dan berkasih sayang. Hanya dengan menjauhi perbuatan ini, kita akan mencapai keredaan Allah SWT.

Sempena memperingati peristiwa Isra dan Mikraj Rasulullah SAW yang berlaku pada bulan Rejab ini, marilah kita mengambil pengajaran daripadanya.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

27hb Rejab 1446H
27hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pengunjung Masjid Dijanjikan Tempat Tinggal Di Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنْ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid di pagi dan petang hari, maka Allah akan menyediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi dan petang hari." (HR Bukhari No: 622) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Isra dan Mikraj yang berlaku di bulan Rejab kepada baginda Nabi SAW, perjalanan baginda dari Masjidil Haram ke masjid al-Aqsa, mengingatkan kita tentang keutamaan masjid dan bermulanya kewajipan solat waktu.

2.  Allah SWT mencintai hamba-Nya yang menjadikan masjid sebagai pusat ibadah dan kehidupan. Pergi dan pulang ke masjid pada setiap solat fardhu bagi lelaki di samping majlis ilmu secara konsisten, mencerminkan sifat istiqamah yang membawa keberkatan hidup. Orang yang pagi dan petang hari sentiasa ke Masjid, Allah akan menyediakan untuknya tempat tinggal yang baik di syurga.

3.  Satu daripada golongan yang mendapat naungan di sisi Allah dihari kiamat ialah lelaki yang hatinya sentiasa tertambat di masjid kerana mengimarahkannya. Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ تَعَالَى فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ.... وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ.....

“Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di hari yang tidak ada perlindungan pada hari kiamat melainkan perlindungan Allah: …….. lelaki yang hatinya sentiasa tertambat kepada masjid…” (HR Bukhari No: 620)

Menjadi tanggungjawab kita khususnya kaum lelaki untuk menunaikan solat fardhu di masjid sebagai satu cara mengimarahkannya di samping majlis ilmu dan pelbagai aktiviti yang diadakan.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

26hb Rejab 1446H
26hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Balasan Pengumpat dan Pengaib

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَمَّا عُرِجَ بِي مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمُشُونَ وُجُوهَهُمْ وَصُدُورَهُمْ فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ قَالَ: هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ وَيَقَعُونَ فِي أَعْرَاضِهِمْ

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda : ‘Ketika aku dinaikkan ke langit (pada malam isra dan mikraj), aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku dari tembaga dan mereka mencakar-cakar muka dan dada mereka, maka aku berkata : Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril menjawab: Merekalah orang-orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan mengaibkan maruah mereka.” (Riwayat Abu Daud No: 4878) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam adalah agama yang mementingkan akhlak dan adab terpuji

2.  Islam melarang umatnya berakhlak buruk seperti mengumpat serta mengaibkan orang lain.

3.  Rasulullah SAW diperlihatkan pada malam baginda di isra dan dimikrajkan sekumpulan manusia yang mempunyai kuku dari tembaga dan mereka menyiksa diri sendiri dengan mencakar-cakar muka dan dada mereka. Jibril memberitahu mereka berbuat demikian kerana semasa di dunia mereka mengumpat dan mengaibkan orang Islam lain.

4.  Orang yang gemar membicarakan aib orang  sama ada melalui tulisan, tiktok dan lain lain, sebenarnya tanpa ia sedari ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli. Semakin banyak aib yang ia sebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar itu. Allah mengingatkan dengan nada keras kepada golongan ini:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩

Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19)

Orang mukmin perlu menjaga agar jangan sampai mengumpat dan mengaibkan orang lain hingga menjadi penyebab diseksa di akhirat dengan mencakar dada dan muka sendiri.

Banyakkanlah berdoa agar dijauhi fitnah di dunia di alam kubur juga di hari akhirat:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur, daripada azab api neraka, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada fitnah al-Masih al-Dajjal.”

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

25hb Rejab 1446H
25hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Menghindar Hutang

عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab (yang mengadakan perjanjian pembebasan dengan tuannya) datang kepadanya dan berkata; aku tidak mampu membayar pembebasanku, maka tolonglah aku! Ali berkata; mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepadaku, yang seandainya engkau memiliki hutang sebesar gunung Shir nescaya Allah akan membayarkannya untukmu. Ali berkata; ucapkanlah; Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki Mu yang halal (dan jauhkan aku) dari yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurnia Mu dan jauhkan aku dari bergantung pada selain Mu. (HR Tirmizi No: 3563) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Berhutang untuk sesuatu keperluan adalah dibenarkan dalam Islam.

2. Menjadi kewajipan kepada orang yang berhutang untuk menjelaskan hutang dengan kadar segera atau yang dipersetujui oleh pemberi hutang.

3. Berusahalah menghindarkan diri daripada berhutang yang membebankan.

4. Bagi yang berhutang, perbanyakkanlah berdoa dengan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang boleh menyelesaikan hutang walaupun sebesar gunung.

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki Mu yang halal (dan jauhkan aku) dari yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurnia Mu dan jauhkan aku dari bergantung pada selain Mu.

5. Perlu diingatkan kepada orang yang berhutang, jangan sampai kita jadi muflis kerana hutang di dunia terpaksa dibayar dengan pahala ibadat kepada orang yang kita berhutang di akhirat nanti.

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pahala di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah No: 2414) Status: Hadis Sahih

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

24hb Rejab 1446H
24hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jauhi Dosa Besar

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ

Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang termasuk dosa besar? Kami menjawab; "Tentu wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Menyekutukan Allah dan mendurhakai kedua orang tua." ketika itu baginda tengah bersandar, kemudian duduk lalu melanjutkan sabdanya: "Perkataan dusta dan kesaksian palsu, perkataan dusta dan kesaksian palsu." Baginda terus saja mengulanginya hingga saya mengira baginda tidak akan berhenti." (HR Bukhari No: 5519) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1. Menjadi kewajipan setiap Muslim menjauhi segala perkara dosa besar

2. Antara perkara yang termasuk dosa besar ialah:
a. Melakukan syirik kepada Allah
b. Mendurhakai kedua ibubapa
c. Berdusta atau bercakap bohong
d. Menjadi saksi palsu

3. Rasulullah SAW mengingatkan kita agar memiliki kesedaran tentang dosa-dosa besar.  Rasulullah SAW mengulangi dosa "dusta atau bercakap bohong dan kesaksian palsu" berkali-kali untuk menegaskan bahayanya kerana ia bukan hanya merosakkan amal ibadatnya malah menghancurkan hubungan dengan Masyarakat.

4. Syirik merosakkan hubungan manusia dengan Allah, derhaka kepada ibu bapa merosakkan hubungan kekeluargaan, berkata dusta dan kesaksian palsu merosakkan hubungan sosial.

5. Hadis ini menerangkan bahawa dosa-dosa ini bukan sahaja melibatkan hubungan dengan Allah SWT tetapi juga dengan sesama manusia. Oleh itu, setiap Muslim perlu menjaga keimanan, menghormati ibu bapa, dan memastikan amanah serta kejujuran dalam tindakan mereka agar tidak berdusta dan menjadi saksi palsu.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

23hb Rejab 1446H
23hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berhutang Penyebab Berbohong dan Berdusta

عَنْ عُرْوَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلَاةِ وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنْ الْمَغْرَمِ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ

Daripada 'Urwah bahawa 'Aisyah radliallahu 'anha mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah SAW sering berdoa dalam solat: "Allahumma innii a'uudzu bika minal ma'tsami wal maghram" (Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang). Lalu ada seseorang yang bertanya: "Mengapa anda banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya seseorang apabila berhutang ketika dia berbicara biasanya dia berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya". (HR Bukhari No: 2222) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW sering berdoa agar dijauhi dari dosa dan terbeban dengan hutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

(Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang)

2. Hutang bukan hanya menjejaskan kedudukan kewangan tetapi juga akhlak seseorang. Ia boleh menyebabkan seseorang mengabaikan sifat jujur dan amanah.

3. Hutang menjadi penyebab seseorang bercakap bohong dan berdusta. Orang yang terlibat dengan hutang, akan sanggup mencari pelbagai alasan yang direka sehingga menyebabkan orang lain bersimpati untuk meminjamkan kepadanya.

4. Hutang juga menyebabkan seseorang itu mengingkari janjinya dan mencari pelbagai alasan agar dapat menangguhkan pembayaran hutangnya.

5. Banyakkan doa agar kita terhindar daripada berhutang atau suka berhutang kerana mereka yang berhutang mudah terlibat dengan sifat orang munafik iaitu berbohong dan memungkiri janji.

6. Hadis ini memberi amaran kepada kita tentang bahaya hutang yang boleh membawa kepada dosa besar seperti berdusta dan memungkiri janji. Rasulullah SAW menunjukkan contoh agar kita sentiasa meminta perlindungan daripada Allah supaya terhindar daripada sifat-sifat yang merosakkan. Oleh itu, setiap Muslim harus berusaha untuk mengurus kewangan dengan bijak, mengelakkan hutang yang tidak perlu, dan jika berhutang, bersungguh-sungguh untuk melunaskannya dengan segera. Keikhlasan, kejujuran, dan tanggungjawab adalah kunci dalam menangani urusan hutang menurut Islam.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

22hb Rejab 1446H
22hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berilmu Tapi Masuk Neraka

حَدَّثَنِي ابْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

Telah bercerita kepada kami Ibnu Ka'b bin Malik dari bapanya dia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mencari ilmu dengan tujuan menyaingi ulama (berdebat dengan mereka) atau mempermainkan orang-orang bodoh atau supaya dihormati oleh manusia, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka” (HR Tirmizi No: 2578) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Menuntut ilmu adalah menjadi suatu keperluan kepada setiap Muslim serta dengan niat Ikhlas kerana Allah SWT, disertai dengan sifat tawadhuk.

2. Menuntut ilmu khususnya ilmu agama adalah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah serta memberi manfaat kepada orang lain. Niat yang tidak ikhlas merosakkan pahala amalan.

3. Orang yang menuntut ilmu bertujuan untuk menandingi, merendah, berdebat juga memperlekeh orang lain, adalah tanda keangkuhan dan dia akan dimasukan ke neraka.

4. Orang yang menuntut ilmu dengan mengharap agar dihormati dan disanjung orang dengan sebab ilmunya, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.

5. Ilmu tidak boleh dijadikan alat untuk mencari sanjungan, populariti, atau perhatian daripada orang ramai. Jika niat ini mendasari usaha menuntut ilmu, ia akan membawa kepada kemurkaan Allah.

Marilah kita mengikhlaskan diri menambah ilmu agar menjadi orang yang semakin dekat dengan Allah. Jauhi menuntut ilmu untuk memperbodoh orang lain atau mengharapkan dengan ilmu itu kita dihormati.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

21hb Rejab 1446H
21hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyembunyikan Ilmu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa ditanya mengenai suatu ilmu dan ia menyembunyikannya atau enggan menyampaikannya, maka ia akan dipukul dengan pukulan dari api neraka pada hari kiamat." (Abu Daud No: 3173) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Ilmu adalah anugerah Allah yang harus disampaikan kepada orang lain, bukan disimpan untuk kepentingan peribadi, sama ada ilmu agama mahupun ilmu keduniaan. Menyembunyikan ilmu bertentangan dengan amanah yang diberikan oleh Allah kepada para pemilik ilmu.

2. Ilmu bermanfaat yang diajar kepada orang lain akan membantu orang lain mencapai kebahagiaan serta menjadi bekalan pahala berterusan kepada orang yang mengajar walaupun ia telah meninggal dunia

3. Mereka yang enggan menyampaikan ilmu yang benar serta sengaja menyembunyikannya dengan tidak menyampaikan kepada orang lain akan diazab di akhirat nanti.

4. Bagi mereka yang berilmu, jauhilah dari sifat kedekut untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu bermanfaat lebih-lebih lagi yang diperlukan oleh orang lain.

5. Islam menekankan pentingnya menyebarkan ilmu dengan niat yang ikhlas untuk mendidik, membimbing, dan membawa kebaikan kepada orang lain. Dengan berkongsi ilmu, seseorang bukan sahaja mendapat ganjaran di sisi Allah tetapi juga menjadi sebab kebaikan dan kemajuan masyarakat. Berusahalah kita menyampaikan ilmu agama dan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia.

Semoga ilmu yang disampai, akan menjadikan orang lain lebih baik dan menjadi saham pahala berterusan buat kita.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

20hb Rejab 1446H
20hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dosa Hutang Tidak Diampun

حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ يَحْيَى بْنِ صَالِحٍ الْمِصْرِيُّ حَدَّثَنَا الْمُفَضَّلُ يَعْنِي ابْنَ فَضَالَةَ عَنْ عَيَّاشٍ وَهُوَ ابْنُ عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيُّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلَّا الدَّيْنَ.

Telah menceritakan kepada kami Zakaria bin Yahya bin Shalih Al Mishri telah menceritakan kepada kami Al Mufadlal iaitu Ibnu Fadlalah dari 'Ayyasy iaitu Ibnu 'Ayyasy Al Qitbani dari Abdullah bin Yazid Abu Abdurrahman Al Hubuli dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang." (HR Muslim No: 1886) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1. Mati syahid adalah kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. Seorang syahid diberi keistimewaan diampunkan segala dosa-dosanya kerana pengorbanannya yang besar dalam mempertahankan agama kecuali dosa kerana berhutang.

2. Menjadi kewajipan setiap orang yang berhutang untuk menjelaskan hutangnya mengikut perjanjian dan waktu yang dipersetujui.

3. Hutang yang belum diselesaikan oleh seseorang akan terus dibawa sebagai beban tanggungjawab sehingga diselesaikan di dunia atau dituntut di akhirat. Oleh itu, tanggungjawab terhadap hutang perlu diambil serius.

4. Jangan sampai hutang di dunia terpaksa dibayar dengan pahala ibadat kepada orang yang kita berhutang di hari akhirat nanti.

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pahala di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah No: 2414) Status: Hadis Sahih

5. Seorang Muslim harus sedar dan bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan. Berhutang tanpa keperluan yang mendesak atau kemampuan untuk melunaskannya dianggap sebagai tindakan yang tidak bijak dan membebankan.

6. Sungguh berat hutang antara manusia dengan manusia hinggakan jika si penghutang mati syahid pada jalan Allah sekalipun, segala dosanya terhapus KECUALI hutang sesama manusia.

Hadis ini mengingatkan kita tentang keutamaan mati syahid di jalan Allah, namun juga menekankan betapa pentingnya melunaskan tanggungjawab sosial seperti hutang. Seorang Muslim perlu berhati-hati dalam berhutang dan memastikan segala tanggungjawab terhadap manusia diselesaikan sebelum kembali kepada Allah SWT.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

19hb Rejab 1446H
19hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Golongan Yang Dilaknat

أَبُو الطُّفَيْلِ عَامِرُ بْنُ وَاثِلَةَ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسِرُّ إِلَيْكَ قَالَ فَغَضِبَ وَقَالَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسِرُّ إِلَيَّ شَيْئًا يَكْتُمُهُ النَّاسَ غَيْرَ أَنَّهُ قَدْ حَدَّثَنِي بِكَلِمَاتٍ أَرْبَعٍ قَالَ فَقَالَ مَا هُنَّ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ قَالَ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَهُ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ آوَى مُحْدِثًا وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ غَيَّرَ مَنَارَ الْأَرْضِ

Abu At Thufail 'Amir bin Wastilah berkata, "Saya berada di samping Ali bin Abu Thalib, tiba-tiba seorang laki-laki datang menemuinya seraya berkata, "Apakah Nabi SAW pernah menyampaikan suatu rahsia kepadamu (yang tidak diberitahukan kepada orang lain)?" Abu Thufail berkata, "Ali pun marah seraya berkata, "Tidak ada apa-apa rahsia yang disembunyikan oleh Nabi SAW daripada umatnya kecuali bahawa baginda pernah menyampaikan empat perkara penting kepadaku." Abu Thufail berkata, "Laki-laki tersebut bertanya, "Apakah empat perkara itu wahai Amirul Mukminin?" Abu Thufail melanjutkan, "Ali lalu menjawab, "Allah melaknat orang yang melaknat orang tuanya; Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah; Allah melaknat orang yang melindungi  penjahat (orang yang melanggar hukum Allah) dan; Allah melaknat orang yang mengubah tanda sempadan tanah." (HR Muslim No: 3657) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Allah melaknat empat golongan pelaku maksiat berikut:

1. Allah melaknat orang yang mencela orang tuanya (termasuk tindakannya yang boleh menyebabkan ibu bapanya dicela oleh orang lain);

2. Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah;

3. Allah melaknat orang yang melindungi pelaku kejahatan (orang tersebut mendapat keringanan hukuman atau bebas dari hukuman yang telah ditetapkan syariat akibat bantuannya) dan;

4. Allah melaknat orang yang memindahkan tanda sempadan tanah (batu tanda mengukur sempadan tanah).

5. Hadis ini menegaskan keutamaan menjaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, dan masyarakat. Empat perkara yang disebutkan adalah dosa besar yang mesti dijauhi oleh setiap Muslim. Rasulullah SAW sentiasa menyampaikan ajaran yang jelas untuk membimbing umatnya agar hidup dengan keimanan, keadilan, dan akhlak mulia. Kita harus mengambil pengajaran ini sebagai panduan untuk mencapai keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Pastikan kita tidak tergolong orang yang dilaknat Allah.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Rejab 1446H
18hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Istighfar dan Zikir Selepas Solat Waktu

عَنْ ثَوْبَانُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Daripada Tsauban berkata, Rasulullah SAW jika selesai solat baginda seraya mengucapkan istighfar tiga kali, setelah itu baginda mengucapkan: "ALLAHUMMA ANTAS SALAAM WA MINKAS SALAAM TABAARAKTA YAA DZAL JALAALI WAL IKRAM " (Ya Allah, Engkaulah sumber keselamatan, dan daripada-Mu datangnya keselamatan. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia) (HR Ibnu Majah No: 918) Status: Sahih

Pengajaran:

1. Selepas solat, seseorang dianjurkan untuk tidak terus bangun meninggalkan tempat solat, tetapi mengambil sedikit masa untuk beristighfar, berzikir, dan berdoa.

2. Rasulullah SAW apabila selesai solat waktu, baginda beristighfar sebanyak 3 kali.

3. Istighfar selepas solat adalah amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk menampung kekurangan dalam ibadah dan memohon keampunan atas kelemahan manusia. Antara lafaz istighfar ialah:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

4. Antara zikir yang dilakukan oleh Rasulullah selepas beristighfar sebaik selesai solat waktu:

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

5. Hadis ini menunjukkan pentingnya istighfar, pujian kepada Allah, dan zikir selepas solat sebagai pelengkap kepada ibadah. Ia mendidik kita untuk sentiasa merendah diri, bersyukur, dan mengingati Allah dalam setiap waktu, terutama selepas menunaikan solat.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

17hb Rejab 1446H
17hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kebaikan Melalui Penguasaan Ilmu Agama

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah untuk mendapat kebaikan, maka Allah akan memberikan pemahaman kepadanya tentang agama." (HR Ibnu Majah No: 216) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Allah yang menganugerahkan kebaikan pada sesiapa yang dikehendaki.

2. Satu daripada ciri orang yang mendapat kebaikan ialah ia menjadi orang yang faqih atau memperoleh kefahaman terhadap agama menerusi ilmu yang dipelajari serta didasari dengan kebersihan hati dan aqidah yang sahih.

3. Faqih juga bermaksud memahami agama dengan ilmu yang benar dan sahih disamping penghayatan dan pengamalan ilmu dalam kehidupan harian.

4. Berusahalah kita menjadi orang yang belajar dan menguasai kefahaman agama berdasarkan al-Quran dan Hadis. Moga dengannya kita menjadi taat kepada perintah Allah.

5. Hadis ini mengingatkan kita  bahawa kefahaman dalam agama adalah nikmat dan tanda kebaikan daripada Allah SWT. Oleh itu, seseorang hendaklah berusaha menuntut ilmu agama, menghayatinya, beramal, dan menyampaikannya kepada orang lain. Ia merupakan jalan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

16hb Rejab 1446H
16hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dosa Besar Menderhaka Ibu Bapa

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْكَبَائِرِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ

Daripada Anas radliallahu 'anhu berkata; Nabi SAW ditanya tentang dosa-dosa besar. Maka baginda bersabda: "Menyekutukan Allah (syirik), derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh orang tanpa hak dan memberikan kesaksian palsu". (HR Bukhari No: 2459) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Dosa besar ialah kesalahan yang dijanjikan azab yang pedih jika pelakunya tidak melakukan taubat nasuhah hingga diampunkan dosanya oleh Allah.

2. Antara dosa besar tersebut:

a. Syirik kepada Allah
b. Derhaka kepada kedua ibu bapa
c. Membunuh jiwa tanpa hak
d. Memberi kesaksian palsu

3. Umat Islam perlu sentiasa menjaga akidah mereka daripada sebarang bentuk syirik, sama ada kecil atau besar.

4. Setiap anak tidak boleh menyakiti kedua ibu bapaknya, baik dengan perkataan, tindakan mahupun perbuatan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibubapa adalah dituntut. Firman Allah SWT:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” al-Isra’:24

5. Islam menghormati nyawa manusia dan melarang sebarang bentuk kezaliman terhadapnya termasuk pembunuhan.

6. Memberi kesaksian palsu boleh merosakkan keadilan dalam kehidupan bermasyarakat.

Umat Islam diseru untuk menjaga akidah agar tidak berlaku syirik, berbakti kepada ibu bapa, menghormati nyawa manusia, dan mengamalkan kejujuran. Dengan menjauhi dosa-dosa ini, seseorang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membina kehidupan yang penuh keberkatan di dunia serta akhirat.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

15hb Rejab 1446H
15hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ …رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ
Daripada Ubadah bin Walid bin Ubadah bin Samit… Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang memberi tempoh penangguhan kepada orang yang sedang dalam kesulitan (untuk membayar hutang) atau memaafkan hutangnya (menggugurkan hutangnya), Allah akan menaunginya di bawah naunganNya." (HR Muslim No: 5328) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan seperti memberi pinjaman adalah amalan yang mulia.

2. Orang yang memberi kemudahan kepada orang yang berhutang dengan memberi tempoh tambahan pembayaran hutang kepada mereka yang masih kesulitan untuk menjelaskannya, menunjukkan sifat sabar, pemurah dan penyayang terhadap orang lain, akan mendapat naungan di sisi Allah pada hari Kiamat nanti.

3. Orang yang menghalalkan atau menggugurkan hutang orang lain padanya dengan apa juga sebab seperti kesulitan yang dialaminya, menunjukkan ketinggian akhlak dan keutamaan dalam membantu orang lain, nescaya Allah akan menaunginya dalam naunganNya.

4. Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang memudahkan bantuan kepada orang yang berhutang. Firman Allah:

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٖ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٖۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٢٨٠

Maksudnya: Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan dan sebaliknya bahawa kamu menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui (pahala yang besar yang kamu akan perolehi kelak). Al-Baqarah: 280.

5. Hadis ini mengajar kepentingan belas ihsan dan sikap pemurah terhadap mereka yang mengalami kesulitan. Dengan memberi tempoh atau menggugurkan hutang, seseorang bukan sahaja membantu orang lain tetapi juga mendapat perlindungan dan rahmat Allah SWT di akhirat kelak. Ia menjadi peringatan kepada umat Islam untuk sentiasa menjaga hubungan sesama manusia dan mencontohi sifat-sifat mulia yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Namun bagi orang yang berhutang menjadi kewajipan menjelaskan hutang dengan segera jika berkemampuan.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Rejab 1446H
14hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Yang Tidak Ditinggalkan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Daripada Abu Hurairah RA berkata: "Kekasihku Rasulullah SAW memberi wasiat kepadaku agar aku berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, mendirikan solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum aku tidur". (HR Bukhari: No 1845) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mewasiatkan agar tidak meninggalkan tiga amalan sunat yang ringan namun memberi manfaat yang besar untuk roh dan jasmani:

a.  Puasa sunat tiga hari sebulan
b.  Menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat setiap hari
c.  Solat witir setiap malam sebagai penutup malam

2. Puasa sunat tiga hari setiap bulan seperti puasa pada hari puteh (13, 14 dan 15hb) atau puasa hari isnin dan khamis mampu mendidik jiwa untuk sabar, ikhlas, dan bersyukur atas nikmat Allah SWT. Ia juga menjadi latihan spiritual yang menambah ketakwaan.

3. Solat Dhuha dilaksanakan selepas terbit matahari hingga sebelum waktu Zuhur. Ia adalah solat sunat yang sangat digalakkan kerana ia menjadi sebab keberkatan rezeki dan penghapusan dosa kecil.

4. Solat Witir adalah penutup bagi ibadah solat malam. Bagi yang tidak mampu bangun malam, disarankan agar melaksanakannya sebelum tidur supaya tidak terlepas amalan ini. Solat Witir menjadi penyempurna bagi ibadah solat seharian.

Sempena kita berada di bulan Rejab yang mulia serta sebagai persiapan menemui Ramadan, marilah kita laksanakan ketiga-tiga wasiat Rasulullah ini. Usahakanlah untuk berpuasa sunat, solat sunat dhuha juga solat sunat witir setiap hari.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Rejab 1446H
13hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Al-Quran dan Puasa Pemberi Syafaat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.

2.  Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan  menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.

3.  Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran  (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.

4.  Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya.

5.  Kita berada di bulan Rejab, salah satu daripada bulan bulan haram yang mulia serta digalakkan melakukan amal soleh antaranya memperbanyakkan berpuasa sunat isnin, khamis juga puasa hari puteh 13, 14 dan 15 hb bulan Rejab. Memperbanyakkan membaca al-Quran  dalam kerangka mendekatkan diri kepada Allah. Moga ia menjadi persiapan untuk beribadat di bulan Ramadan.

Semoga ibadat puasa dan al-Quran memberi syafaat buat kita kelak.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

12hb Rejab 1446H
12hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir dan Doa Yang Afdhal

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir al-Ansari berkata, Aku mendengar Talhah bin Hirasyh berkata: Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdhal (utama) ialah, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” dan doa paling afdhal ialah, “Segala puji bagi Allah.” (HR Tirmizi No: 3383) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Zikrullah dan berdoa adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada setiap Muslim

2. Zikir yang terbaik adalah kalimah tauhid  yang mengandungi inti pati ajaran Islam, menegaskan keesaan Allah SWT dan menghapuskan syirik:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Tidak ada Tuhan selain Allah

3. Kalimah Alhamdulillah mengandungi pujian dan Syukur kepada Allah atas segala nikmat-Nya, ia adalah pengiktirafan terhadap kebesaran dan kemurahan Allah. Kalimah ini adalah Doa yang paling baik:
الحَمْدُ لِلَّهِ
Segala pujian hanyalah untuk Allah

4. Kalimah Alhamdulillah lebih baik dari harta yang dimiliki oleh seseorang walaupun sepenuh langit dan bumi.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ أَنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا بِحَذَافِيرِهَا بِيَدِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي " ثُمَّ قَالَ : " الْحَمْدُ لِلَّهِ لَكَانَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Anas ra juga meriwayatkan , bahawa Nabi saw. Bersabda: seandainya dunia dan semua isinya berada ditangan seseorang dari ummatku kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya kalimat (Alhamdulillah) yang ucapkan itu lebih baik dari dunia dan isinya (Dailami 3/359 No: 5083)

Hadis ini menekankan kepentingan mengamalkan zikir "La ilaha illallah" dan doa "Alhamdulillah" sebagai amalan utama yang mendekatkan seorang hamba kepada Allah SWT. Dengan memperbanyakkan zikir dan syukur, seseorang akan memperoleh ketenangan hati, keberkatan dalam hidup, dan ganjaran besar di akhirat. Hadis ini mengajar bahawa amalan yang sederhana tetapi konsisten lebih bernilai di sisi Allah SWT. Marilah kita memperbanyakkan lafaz zikir dan doa terafdhal.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

11hb Rejab 1446H
11hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berbakti Kepada Ibubapa

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوْ احْفَظْهُ

Daripada Abu Ad Darda dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Orang tua (ibubapa) adalah pintu syurga yang paling tengah, oleh kerana itu letakkanlah ia atau jagalah ia baik-baik." (Sunan Ibnu Majah No: 3653) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ibu dan bapa mempunyai kedudukan yang tinggi dan menjadi salah satu penyebab besar seorang anak memperoleh syurga.

2. Menjadi kewajipan kepada anak-anak untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa kerana keredhaan ibu bapa menjadi antara jalan utama mencapai keredhaan Allah dan ganjaran syurga. Justeru seorang anak wajib menyayangi, menghormati dan taat kepada keduanya selagi tidak bertentangan dengan syarak.

3. Al-Qadhi Baidhawi: Cara terbaik untuk masuk syurga, dan cara mendapatkan darjat yang tinggi di syurga adalah dengan mentaati orang tua dan berusaha mengasihi dan berbakti padanya. Ada juga ulama yang mengatakan, ‘Di syurga ada banyak pintu. Yang paling selesa untuk dimasuki adalah yang paling tengah. Untuk membolehkan masuk ke syurga melalui pintu tengah itu adalah dengan berbakti kepada orang tua.’ (Tuhfatul Ahwadzi, 6/21).

4. Anak-anak yang tidak berbakti dan berbuat baik kepada orang tua, akan terlepas peluang ke syurga.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu baginda ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)." (HR Muslim No: 4628) Status: Sahih

5. Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibu bapa sama ada mereka masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia dengan mendoakannya, menunaikan hajat mereka serta menjaga hubungan baik dengan keluarga mereka.

6. Anak yang berbakti kepada ibu bapa akan meraih keredhaan Allah SWT, manakala mereka yang mengabaikan tanggungjawab ini akan kehilangan peluang besar untuk mendapat syurga. Oleh itu, umat Islam harus menjaga hubungan baik dengan ibu bapa dengan menghormati, melayani, dan memenuhi keperluan mereka sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

10hb Rejab 1446H
10hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir dan Doa Selepas Salam

كَتَبَ الْمُغِيرَةُ بْنُ شُعْبَةَ إِلَى مُعَاوِيَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنْ الصَّلَاةِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Mughirah bin Syu'bah pernah berkirim surat kepada Muawiyah, bahwa apabila Rasulullah SAW selesai solat dan mengucapkan salam, baginda memanjatkan doa: "LAA ILAAHA ILLALLAAH WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR, ALLAAHUMMA LAA MAANI'A LIMAA A'THAITA WALAA MU'THIYA LIMAA MANA'TA WALAA YANFA'U DZAL JADDI MINKAL JADD (Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan dan milik-Nyalah segala pujian, dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan, dan tidak ada yang dapat memberi apa yang Engkau halang, dan tidak akan memberi manfaat seseorang yang memiliki kekayaan atau kedudukan, daripada kekayaan atau kedudukan itu di sisi Mu)." (HR Muslim No: 933) Status Sahih

Pengajaran:

1. Antara perkara yang digalakkan selepas solat waktu ialah berzikir dan berdoa.

2. Antara zikir dan doa yang sunat dibaca selepas solat fardhu:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

3. Hadis ini mengajarkan amalan zikir yang mengukuhkan hubungan seorang hamba dengan Tuhannya. Dengan melafazkan zikir dan doa ini, seorang Muslim menguatkan keimanan kepada tauhid, qadha’, dan qadar Allah SWT. Selain itu, ia mendidik jiwa untuk menjadi lebih tawaduk, bersyukur, dan bergantung kepada Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan.

4. Berdoalah agar menjadi orang mulia disisi Allah

لَيسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
Maksudnya: Tidak ada yang paling mulia di sisi Allah daripada doa (HR Ahmad : 362)

5. Hadis ini menunjukkan keutamaan zikir selepas solat sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia mengajar kita untuk sentiasa bersyukur, bertawakal, dan mengukuhkan keimanan kepada Allah. Dengan mengamalkan zikir ini, seseorang akan memperolehi ketenangan jiwa, keberkatan hidup, dan perlindungan daripada kesukaran dunia serta akhirat.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

09hb Rejab 1446H
09hb Januari 2025

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

20 last posts shown.